
ya ALLAH..seperti apakah aku ini di sisiMU?
adakah seperti pohon yang tetap teguh biar sehebat mana angin menderu?
adakah seperti dahan yang membuah memberi manfaatnya kepada yang singgah penuh harapan?
atau adakah seperti dedaunan yang luruhnya bermusim?
[sM]
semoga matahari menyinar dan menghidupkan kembali pohon inilihat dia masih punya daunyang boleh menjalankan fotosintesis untuk sumber makanannyajangan sangka ia akan mati sebaliknya ia sedang diam penuh misteridan menyusun strategik untuk membuat come backyang bakal mengegarkan isi alam[
vB]
mungkin bagi yang buta hati, pokok ini nampak hodoh,tidak membawa apa-apa ertitetapi bagi yang celik mata hati,renungnya jauh ke akar, fikirnya tinggi melangit..mampukah aku menjadi pemikir yang seperti itu?memikirkan strategi...seperti pokok yang diam penuh misteri..[
sM]
pokok yang dilihat teguh berdiridengan akar umbinya dan banyak cabangnyatetapi setiap cabang itutidak menghasilkan sesuatu yang bermanfaatbagi sesuatu di sekelilingnyamungkinkah daun untuk teduhan manusia..mungkinkah buah untuk haiwan yang singgah..apakah pokok ini tidak diberi bajauntuk digunakan kelebihan yang sepatutnya adakepada org lain atau haiwan lain..[
sH]
jadilah seperti pokokyang memberi manfaat kepada makhluk ALLAH yang lain,bukan memberi mudarat..tetapi kadang-kadang kilat akan datang menyambar,yang berteduh hilang punca,malah ditunggu maut dalam mudarat yang tidak disangka-sangka..[
sM]
pokok ini takkan pernah kisahjika tak ada yang menghargainyakerana dia punya cinta dari Tuhanyang senantiasa menjaganyabegitu juga kita..andai kita merasa diri hodoh seperti bibik hitam sekalipun,janganlah merasa marahbila mana ada yang memandang sinis lagi enteng pada kitacukup Cinta dariNyalihat sepertinya pokok ini baru dicantas pula,mungkin setahun lagibila kau pergi berjumpanyadia sudah berdaun lebatboleh sahaja jadi ada dua tiga orang sedang mengais buahnya[
vB]
pokokketika hidupnya memberikan perlindungankepada yang di bawah naungannyamemberikan pernafasan kepada yang hidupketika matinya masih lagi bermanfaatbatangnya dijadikan perabot untuk kegunaan harianjadilah seperti itu,ketika hidup kita,memanfaatkan mereka di sekeliling kitaketika sudah meninggal,meninggalkan ilmu-ilmu untuk dimanfaatkan oleh generasi mendatang..[
mHm]
Puisi yang telah dimurnikan. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang di Facebook. Lain kali kita buat kerjasama lagi, insya'ALLAH.
Aku sebatang pokok tersenyum membacanya sambil memegang pen utk mhabiskan jawapan ekonomi..tahniah....moga byk lagi kenangan indah terjana~ (I_I)~...(^_^)~...^_^.
Siti Hasunah Mohammad says
salam wrt..
> HaNiSaH MoHaMaD ALi
bagaimana pokok boleh tersenyum? :p
teruskan berusaha!
Kamal Zharif says
salam , sebatang pokok yang kita lihat dengan mata kasar atau pada gambar sudah cukup memberikan makna dan value .
Hafiz El Hilmi says
sajad pakgad dah ada.. sajak pokok dah ada..
buat sajak calculator yg berjasa plak
peNcaRi sInaR says
sun mahu letak di blogku... sun kau sayang sama aku kan... hehehe print guna laser jet then gunakan kretivitimu dan buat frame untuk setiap penulisnya terutama aku. mhu warna coklat ya =)
Siti Hasunah Mohammad says
salam wrt..
> Hafiz El Hilmi
sajak calculator? cadangan yang baik...sebelum ni pun da ada sajak laptop..
> Kamal Zharif
erm, betul..
> peNcaRi sInaR
alamak, printer takde ink la vB..
peNcaRi sInaR says
kan aku kata laser jet so ko pakai laser jet rm 0.80 je satu kali print kat lily =)
tambah lagilah yang baru ditambah. aku pun ada tambah lagi baru cukup koleksi kata2 aku =)